LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

04 November 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Aula, Ibu Pejabat MBAS. Seramai 13 kakitangan delegasi MBPG yang diketuai oleh En. Mohd Hafiz Abd Hamid dari Bahagian Korporat & Perhubungan Awam MBPG disambut baik oleh kakitangan Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS.
 
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan penerbitan MBAS tv di Majlis Bandaraya Alor Setar. Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan penerbitan MBAS tv telah disampaikan oleh En. Bohari Md. Yusof, Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content