LAWATAN PENANDAARASAN MAJLIS DAERAH SUBIS, SARAWAK KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

06 November 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Majlis Daerah Subis, Sarawak yang bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS sebentar tadi. Seramai 24 kakitangan delegasi MD Subis yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi MD Subis, CR. Samli Bin Tinggal disambut baik oleh Pengarah Jabatan Korporat Dan Strategik MBAS, En. Bohari Md. Yusof, Ahli-Ahli Majlis MBAS serta pengurusan MBAS.
 
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea serta pandangan mengenai perkhidmatan pengurusan di MBAS. Satu sesi taklimat berkaitan perkhidmatan pengurusan di MBAS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Kualiti Dan Komunikasi Korporat, En. Mohamad Syafiq Mohamad Najib; Ketua Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan MBAS, Pn Siti Fazlina Abd Tafaruddin serta Ketua Bahagian Teknologi Maklumat MBAS, En. Muhammad Anas Abd Rahim.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Subis, Sarawak diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang.
 
Skip to content