LEBIH 1000 PESERTA SERTAI ISUZU 14TH CYCLE FOR HEALTH 'MAI SINGGAH ALOR SETAR 2024"
16 September 2024, Alor Setar – Lebih 1000 peserta memeriahkan Isuzu 14th Cycle For Health ‘Mai Singgah Alor Setar 2024’ yang diadakan secara santai pagi tadi dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat.
Acara Isuzu 14th Cycle For Health ini akan diadakan sempena Hari Malaysia 2024 dengan jarak kayuhan sejauh 75 kilometer(km) merentasi laluan di sekitar Bandar Raya Alor Setar dan Pokok Sena.
Acara pelepasan peserta kayuhan bermula seawal jam 7.00 pagi bertempat di hadapan pejabat Isuzu Cawangan Alor Setar (Isuzu Indah Utara Auto Sdn Bhd). Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah hadir menyempurnakan acara pelepasan kayuhan tersebut bersama Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Mr Kenkichi Sogo; Pengarah Urusan Isuzu Indah Utara Auto Sdn Bhd, Mr Poh Seng Hooi; Pengarah Isuzu Indah Utara Sdn Bhd, Mr Poh Seng Keong; President LM Bikers, Mr Poh Cheng Hai dan Captain LM Bikers, Mr Fong Chan Hap.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'