MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH (MBMB) JUARA PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN.
28 September 2024, Kuala Kedah – Majlis Penyampaian Hadiah Dan Jamuan Makan Malam Kejohanan Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak 9 Sebelah Pihak Berkuasa Tempatan yang diadakan bertempat di Monalisa Ikan Bakar, Kuala Kedah. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, YB Dato’ Mohd Salleh Saidin diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud.
Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak 9 Sebelah Pihak Berkuasa Tempatan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan meraih 8 penyertaan pasukan Pihak Berkuasa Tempatan dari Malaysia dan juga Thailand. Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah muncul juara keseluruhan diikuti tempat kedua oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan tempat ketiga oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBMB) dengan masing-masing membawa pulang trofi, pingat serta sijil penyertaan.
Tahniah dan syabas diucapkan di atas komitmen kepada semua pasukan PBT yang telah bertanding dan pihak MBAS amat berbesar hati menerima kunjungan daripada kesemua PBT ke kejohanan ini yang diadakan sempena “Mai Singgah Alor Setar 2024” dan Tahun Melawat Kedah 2025.
Hadir sama di majlis tersebut ADUN Derga, YB Muhammad Amri bin Wahab; Ahli-Ahli Majlis MBAS; Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Kedah, Pn. Sabarina Masadi, Pengarah Jabatan Pembangunan Kemasyarakatan MBAS, En Bohari MD. Yusof; serta delegasi-delegasi daripada Satun City, Pattani, serta Bankhuan District.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'