MAJLIS PENUTUP KEJOHANAN SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) 2024

9 November 2024, Alor Setar – Majlis Penutup Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) yang telah diadakan bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Bin Md Nor.
 
Penganjuran Kejohanan Sukan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) telah bermula sejak Februari 2024 yang lalu melibatkan 7 buah PBT di 3 buah negeri selaku tuan rumah dengan sebanyak 13 acara sukan dipertandingkan dan terbahagi kepada 4 fasa. Bersempena Mai Singgah Alor Setar 2024 dan Tahun Melawat Kedah 2025, Alor Setar telah dipilih menjadi lokasi terakhir penganjuran kejohanan sukan MALA bagi Fasa 4 yang mempertandingkan dua acara sukan iaitu acara bola sepak dan bola jaring. Kira-kira 2000 pengunjung yang telah hadir ke Alor Setar sempena kejohanan ini daripada pelbagai PBT dari seluruh Malaysia.
 
Majlis Bandaraya Ipoh telah menjadi juara keseluruhan kejohanan sukan MALA 2024 pada kali ini diikuti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai Naib Johan dan seterusnya tempat ketiga oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang dengan masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai, piala iringan dan piala pusingan.
 
Sementara itu, di majlis tersebut turut diadakan majlis peluncuran Buku Alor Setar ‘Liveable & Historical City’ yang telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kedah diiringi Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud serta dif-dif kehormat. Buku ini diterbitkan bertujuan bagi menjadi panduan berguna kepada para pengunjung yang ingin mengenali keindahan dan keunikan destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di Bandar Raya Alor Setar.
 
Turut hadir di majlis tersebut Datuk Bandar-Datuk Bandar dan Yang Dipertua-Yang Dipertua PBT, Setiausaha-Setiausaha PBT, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif MALA serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Biro Sukan dan Rekreasi MALA.
 
Pautan sorotan foto-foto di sepanjang Kejohanan Sukan Mala 2024 Fasa 4 bagi acara bola sepak dan bola jaring :
 
Skip to content