MBAS TERIMA ANUGERAH BANDAR MAMPAN 2024

1 Oktober 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima Anugerah Bandar Mampan 2024 sempena Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2024 Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan bertempat di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah, hari ini.
 
Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud telah hadir menerima anugerah berkenaan di majlis berkenaan yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor.
 
Penghargaan Bandar Mampan merupakan antara inisiatif PLANMalaysia bagi menghargai dan memberi pengiktirafan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pihak Berkuasa Negeri yang komited melaksanakan inisiatif pembangunan bandar mampan di negara ini melalui pengukuran Malaysia Urban Rural National Indicators Network for Sustainable Development (MURNInets).
 
Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; Ketua Bahagian Kawalan Perancangan, Puan Hasmahanum Hamzah; serta kakitangan terlibat.
 
 
Skip to content