MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO INOVASI & TRANSFORMASI PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BIL. 3/2024

13 September 2024, Bentong, Pahang – Mesyuarat Jawatankuasa Biro Inovasi & Transformasi Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bil. 3/2024 yang berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat, Aras iii, Majlis Perbandaran Bentong, Pahang. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Bohari Bin Md. Yusof selaku Pengerusi Biro Inovasi & Transformasi MALA mewakili YBhg. Datuk Bandar Alor Setar.
 
Turut diadakan lawatan tapak ke Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong yang akan menjadi venue Pertandingan Inovasi Mala 3.0 Piala YB Menteri KPKT (Peringkat Saringan) yang akan berlangsung pada 20-22 November 2024.
 
 
Skip to content