MESYUARAT PENUTUP PENGAUDITAN PENYATA KEWANGAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2023
20 Oktober 2024 – Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Bandaraya Alor Setar Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2023 yang membincangkan penemuan audit oleh pihak Jabatan Audit Negeri (JAN) dan Firma Swasta (FAS) Tetuan MNZWAJA PLT. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah, Aras 5, Bangunan UTC Kedah.
Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Pengarah JAN Kedah, Puan Mazmiza Mihat; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; Pegawai-Pegawai Jabatan Audit Negara (JAN); Firma Swasta (FAS) Tetuan MNZWAJA PLT; Unit Audit Dalam SUK Negeri Kedah; Bahagian Kerajaaan Tempatan SUK Negeri Kedah; Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Kedah; Pengarah-Pengarah MBAS, Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta kakitangan MBAS yang terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'