OPERASI PENGUATKUASAAN BERSEPADU AEDES DI KAWASAN KOTA SETAR

10 Oktober 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan satu Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Aedes yang diadakan bertempat di Taman Seri Abadi, Alor Setar. Operasi ini turut melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar, SWCorp Kedah, E-Idaman Sdb Bhd, Jabatan Imigresen Negeri Kedah dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
 
Hasil daripada laporan Operasi Bersepadu yang telah dijalankan, pihak MBAS telah mengeluarkan sebanyak 2 kompaun kesalahan dibawah seksyen 3(1) menjalankan perniagaan tanpa lesen MBAS UUK Pelesenan Penjaja & Gerai 2010 dan 10 notis dibawah seksyen 3(f) barang persendirian di belakang rumah UUK Mencegah Kekotoran PBT Negeri Kedah 1983, seksyen 46(1)(e) halangan kenderaan terbiar, seksyen 46(1)(a) ubahsuai binaan untuk setor penyimpanan barang, seksyen 72(1) membina bangunan sementara dan seksyen 72(1) binaan tambahan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar telah mengeluarkan 18 notis penghapusan tempat pembiakan nyamuk di bawah seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
 
Pemeriksaan berkala secara berjadual akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sehubungan itu, pihak MBAS menyeru agar setiap masyarakat memberikan kerjasama agar memastikan tiada pembiakan aedes di sekeliling rumah dengan menghapuskan tempat berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes ini.
 
 
Skip to content