PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN.

28 September 2024, Alor Setar – Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak 9 Sebelah Pihak Berkuasa Tempatan yang telah berlangsung bermula jam 8.00 pagi tadi bertempat di Stadium Darul Aman melibatkan 8 pasukan dari Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia dan juga Thailand. Program telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Hakim Ariff Bin Md Noor yang menyempurnakan Gimik Sepakan Penalti.
 
Tahniah diucapkan kepada pasukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) apabila merangkul gelaran juara Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Bola Sepak 9 Sebelah Pihak Berkuasa Tempatan menewaskan pasukan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di peringkat akhir menerusi penentuan sepakan penalti.
 
 
Skip to content