15 November 2024 – Majlis Bandaraya Alor Setar turut serta dalam Program Gotong Royong Cegah Demam Denggi anjuran Pejabat Kesihatan Kota Setar yang telah diadakan bertempat di kawasan Desa KEDA Kampung Bukit, Pokok Sena. Selain gotong royong, turut diadakan taklimat demam denggi, aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes, pertandingan cari jentik-jentik dan kitar semula ‘Trash To Cash”.