PROGRAM KEMAMPANAN BANDAR (GOTONG-ROYONG PERDANA) "KOMUNITI BERSIH 2024 @ALOR SETAR"
3 Oktober 2024, Kuala Kedah – Program Kemampanan Bandar (Gotong-Royong Perdana) “Komuniti Bersih 2024 @Alor Setar yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah. Program ini dilaksanakan hasil peruntukan daripada Bahagian Kesejahteraan Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Turut memberikan kerjasama dalam program ini ialah SWCorp, E-Idaman, JPS Negeri Kedah, JKR Kota Setar serta komuniti penduduk dan ahli-ahli khariah Masjid Tunku Abdul Rahman Putra.
Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud telah hadir merasmikan program berkenaan. Program Gotong-Royong ini melibatkan kawasan Taman Seri Marina, Taman Nakhoda, Taman Layar serta jalan utama di kawasan berkenaan bagi membersihkan sampah-sampah sarap serta saluran longkang yang tersumbat yang menjadi punca berlakunya kejadian banjir kilat. Selain itu, turut diadakan pameran dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Polis Kota Setar serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Hospital Aurelius Alor Setar.
Hadir sama di program tersebut ialah Ketua Penolong Setiausaha Kanan Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, Tn. Hj. Mohd Zainal Mohd Nor; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; Pengerusi Puspanita MBAS, Datin Hajah Suriyati Haji Sabar; Ahli-Ahli Majlis MBAS, serta pegawai-pegawai MBAS dan agensi terlibat.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'