MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN JABATAN KEJURUTERAAN, MBAS.
07 November 2024 – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud hadir meraikan majlis persaraan 4 orang kakitangan Jabatan Kejuruteraan MBAS iaitu Tuan Haji Zaharin Bin Abd Rahman, En. Puteh Bin Omar, En. Zamri Bin Othman dan En. Zaini Bin Ahmad bertempat di Foyer Tingkat 7, Menara MBAS.
Ia turut dihadiri Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh, Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tuan Haji Md Nayan Bin Bahari serta kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar.
Pihak MBAS mengucapkan jutaan terima kasih atas jasa bakti yang telah dicurahkan di sepanjang berkhidmat bersama MBAS.
‘Jasamu Dikenang, Budimu Disanjung’
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'