TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA ALOR SETAR BAKAL DINAIK TARAF

23 September 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menandatangani satu perjanjian menaik taraf dan mengurus Terminal Bas Shahab Perdana Alor Setar bersama syarikat Jasa Pedoman Sdn Bhd sebentar tadi bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Alor Setar.
 
Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud dan Pengarah Projek Syarikat Jasa Pedoman Sdn Bhd, Mejar (B) Ahmad Zaidi bin Shuib, disaksikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah, YB Mejar (B) Mansor Zakaria.
 
MBAS telah meletakkan sasaran bahawa pada tahun 2024 Terminal Bas Shahab Perdana ini akan dinaiktaraf bagi memenuhi dan menampung permintaan dan kegunaan orang awam yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti.
 
Tempoh naik taraf merangkumi DUA (2) fasa iaitu pada fasa pertama bermula pada 1 Oktober 2024 yang akan melibatkan Sistem Tiket Berpusat dan Sistem Operasi Terminal manakala pada fasa kedua akan melibatkan kerja-kerja perubahan insfrastruktur seperti pengubahsuaian dan rekabentuk semula laluan bas, kaunter tiket bas, ruang niaga, gerai makan, tandas dan kawasan landskap.
 
Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan, Pengangkutan Negeri Kedah, YB Dzowahir Ab. Ghani; ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab; ADUN Kota Darul Aman, YB Teh Swee Leong; Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh serta dif-dif kehormat.
 
 
Skip to content