KUNJUNGAN DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PASAR MALAM POKOK SENA "SENAYAN NIGHT MARKET".
18 November 2024, Pokok Sena – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah meluangkan masa mengunjungi Pasar Malam Pokok Sena di Taman Bandar Baru, Pokok Sena diiringi ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood Al Hafiz Bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena,Tuan Haji Abdul Samad dan Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah & Tanah Pokok Sena, En. Muhammad Azim Bin Zainal.
Ia turut dihadiri Pengerusi Puspanita MBAS, YBhg. Datin Hajah Suriyati Binti Haji Sabar, Ahli Majlis MBAS Zon 17 Sena, Puan Robiah Binti Dahaman, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, En. Mohd Khairuddin Bin Idris, Ketua Bhg. Pengurusan Pasar dan Penjaja, Puan Nor Shakila Binti Che Ali, pegawai-pegawai MBAS serta pihak penganjur.
YBhg. Datuk Bandar juga sempat beramah mesra bersama para peniaga dan para pengunjung sebelum menyempurnakan acara perasmian ringkas ‘Senayan Night Market’ (Pasar Malam Pokok Sena).
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'