Selasa, 17 Disember 2024 – Majlis Pendengaran Awam dan Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam Rancangan Tempatan Daerah Kulim, 2035 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Ikhlas, MPKK.

Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) telah mengadakan Publisiti Awam / Seranta bagi Rancangan Tempatan Daerah Kulim 2035 (Pengubahan 6 & 7) pada 20 Julai 2024 hingga 21 Ogos 2024 (Draf Pengubahan 6) dan 05 November 2024 hingga 06 Disember 2024 (Draf Pengubahan 7) di Lobi, Pejabat MPKK dan juga Pejabat Pihak Berkuasa Tempatan Hi-Tech.Mesyuarat Jawatankuasa ini dipengerusi oleh Yang Berhormat Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri Kedah Darul Aman.

Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan dan Pendengaran yang turut serta adalah Encik Muhammad Yusri bin Hamid (Jurutera Awam JKR Negeri Kedah); GS. Encik Baharudin bin Ahmad (Timbalan Pengarah JPS Negeri Kedah); Encik Mohd Mohd Munizam bin Abdul Aziz (Pengarah PLANMalaysia Kedah); Encik Mohd Faizal bin Ab Jalil, (Ketua Cawangan JAS Kulim); serta wakil dari Majlis Daerah Bandar Baharu En Shaiful Bin Ismail, Puan Nurzarith Shafiqah Binti Mohamad Rodzi.

Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK; TPr. Mohammad Fadhlan Ibrahim Penolong Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK dan Puan Uzwana binti Mahmud, Ketua Unit Perancangan Pembangunan, Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK.

Klik untuk gambar sekitar program

#RancanganTempatanDaerahKulim2035

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content