MAJLIS PERASMIAN DAN MAKAN MALAM SEMPENA PERTANDINGAN INOVASI MALA 3.0 PIALA YB MENTERI KPKT TAHUN 2024-2025
19 November 2024, Bentong – Majlis Perasmian dan Makan Malam sempena Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT Tahun 2024 – 2025 yang telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Shadan bin Haji Othman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong.
Turut hadir sama adalah YH. Dato’ Rose Samsul bin Abdul Razak, DIMP. ,AAP. ,AMP., Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Bentong, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar merangkap Pengerusi Biro Inovasi dan Transformasi (MALA), YH. Dato Razihan bin Adzharuddin, DIMP. ,AAP., Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuantan, YH. Dato’ Haji Mohammad Shahid bin Ismail, DIMP., AAP., Pegawai Daerah Bentong, Puan Noorul Nazreen binti Nordin, Setiausaha, Majlis Perbandaran Bentong, Datuk Bandar – Datuk Bandar, Yang Dipertua – Yang Dipertua, Timbalan Datuk Bandar – Timbalan Datuk Bandar, Setiausaha – Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan, Ahli Jawatankuasa Eksekutif MALA, Ahli – Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Bentong, Ketua-Ketua Jabatan Daerah Bentong dan peserta – peserta.
Majlis Bandaraya Alor Setar telah menjadi Sekretariat Biro Inovasi & Transformasi pertandingan Inovasi MALA 3.0 pada kali ini. Peringkat saringan bagi pertandingan ini berlangsung dari 20 hingga 22 November 2024 bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong melibatkan penyertaan sebanyak 67 kumpulan inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh Malaysia.
Hanya 30 pasukan terbaik akan layak ke pusingan akhir yang dijadualkan pada April 2025. Pertandingan Inovasi MALA 3.0 Piala YB Menteri KPKT menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM3.04 juta geran KPKT, wang tunai serta piala pusingan.
kredit foto : Majlis Perbandaran Bentong
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'