PROGRAM KARNIVAL KESIHATAN "KEKAL SIHAT CEGAH DIABETES"
23 November 2024, Kuala Kedah – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri bin Haji Md Daud telah hadir merasmikan Karnival Kesihatan “Kekal Sihat Cegah Diabetes” yang telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Bersatu, Kuala Kedah. Program tersebut diadakan bagi memupuk kesedaran awam mengenai pentingnya amalan gaya hidup sihat bagi membantu mencegah diabetes.
Pelbagai aktiviti yang diadakan di sepanjang program tersebut berlangsung antaranya Fun Walk 2.5km, sukaneka bagi pelajar sekolah rendah, menengah dan orang dewasa, pertandingan mewarna, pertandingan ‘kerabu sihat’, pemeriksaan dan saringan kesihatan serta pameran kesihatan ‘Kenali Diabetes’.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'