PROGRAM KENALI KEDAH | LEBIH 500 PELAJAR DARI 29 MRSM SELURUH MALAYSIA KENALI BUDAYA DAN SEJARAH DI BANDAR RAYA ALOR SETAR.

22 November 2024, Alor Setar – MRSM Kubang Pasu dengan Kerjasama Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengadakan aktiviti lawatan ‘Kenali Kedah’ ke sekitar Bandar Raya Alor Setar. Aktiviti tersebut merupakan salah satu slot pengisian dalam Program Kolokium Homeroom MRSM Se-Malaysia (Zon 2) yang telah menerima penyertaan dari 29 MRSM seluruh Malaysia anjuran MRSM Kubang Pasu.
 
Seramai 464 orang pelajar dan 58 orang guru pengiring menyertai aktiviti lawatan ke sekitar Bandar Raya Alor Setar bagi mengenali lebih mendalam warisan budaya, sejarah, dan pembangunan di Negeri Kedah, di samping berpeluang melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di sekitar Alor Setar.
Dalam program tersebut peserta terlibat juga perlu menghasilkan satu ‘video vlog’ sebagai salah satu komponen pertandingan dalam Kolokium Homeroom sekali gus dapat membantu untuk mempromosikan keunikan Bandar Raya Alor Setar sempena kempen Mai Singgah Alor Setar 2024 dan Tahun Melawat Kedah 2025.
 
Skip to content