Program Gotong-Royong Perdana Daerah Bandar Baharu diadakan bertempat di Taman Rekreasi Batu Hampar, Serdang, Bandar Baharu, Kedah bermula jam 9.00 pagi bersempena tahun melawat Kedah 2025 dengan tagline Experience Kedah.

Program dirasmikan oleh Yang Berhormat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Baharu iaitu Yang Berhormat Ts. Dr. Mohd Suffian Yusuff dan turut bersama-sama iaitu Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah Bandar Baharu merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bandar Baharu, Tuan Mohd Noor bin Ismail., AMK., BCK.

Aktiviti gotong royong melibatkan beberapa kawasan iaitu kawasan sekitar rekreasi Batu Hampar, kawasan kolam, gerai-gerai, tandas awam dan jalan masuk.

Bersama-sama kita memelihara alam sekitar dan menguruskan sisa dengan baik.

Turut serta bersama-sama ialah ADUN Bandar Baharu, Setiausaha MDBB, Ahli-Ahli Majlis MDBB, JKR Kulim/Bandar Baharu, JPS Kulim/Bandar Baharu, SWCORP Cawangan Kulim/Bandar Baharu, Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd.,Penghulu Mukim Serdang, Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung (JPKK) Air Puteh, PUSPANITA Cawangan Kecil Daerah Bandar Baharu, Warga Kerja Pejabat Daerah & Tanah Bandar Baharu Serta Ketua-Ketua Bahagian & Warga Kerja Majlis Daerah Bandar Baharu serta jabatan dan agensi kerajaan di daerah Bandar Baharu.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas yang terlibat

Skip to content