"BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING"

5 Disember 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar atas rasa keprihatinan telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan bantuan sukarelawan bagi membantu kakitangan yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda baru-baru ini.
 
Kira-kira 60 sukarelawan Majlis Bandaraya Alor Setar yang terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan telah membantu mengemas dan mencuci rumah kakitangan yang terjejas sejak khamis yang lalu.
Sehingga kini, beberapa rumah telah dibantu di sekitar Bandar Raya Alor Setar dan Pokok Sena dan usaha ini akan diteruskan bagi mengurangkan beban yang dialami kepada mereka yang menghadapi musibah banjir ini.
 
Skip to content