KUNJUNGAN PUSPANITA MAJLIS BANDARAYA SEBERANG PERAI KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

28 November 2024, Alor Setar – PUSPANITA Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima lawatan dan kunjungan dari PUSPANITA Majlis Bandaraya Seberang Perai bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, Bangunan UTC Kedah pagi tadi.
 
Seramai 52 orang delegasi PUSPANITA Majlis Bandaraya Seberang Perai yang diketuai pengerusinya, YBhg Datin Noraishah binti Hashim disambut mesra pengerusi PUSPANITA MBAS, YBhg Datin Hajah Suriyati binti Haji Sabar serta Ahli-Ahli Jawatankuasa PUSPANITA MBAS.
 
Pelbagai perkongsian menarik dan perkara baru telah dibincangkan oleh kedua-dua pihak. Semoga lawatan dan kunjungan seperti ini dapat dilaksanakan lagi di masa depan.
 
Ikuti laman facebook rasmi PUSPANITA MBAS MBAS Puspanita
 
Skip to content