LAWATAN KERJA KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF) KE URBAN TRANSFORMATION CENTRE (UTC) KEDAH
19 Disember 2024, Alor Setar – Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (SBKSK), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Puan Nor Azizati binti Hamzah telah mengadakan satu lawatan kerja ke ke Urban Transformation Centre (UTC) Kedah.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat bertemu Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud sebelum mempengerusikan mesyuarat bersama agensi-agensi persekutuan di UTC Kedah. Usai mempengerusikan mesyuarat, beliau juga turut melawat agensi-agensi persekutuan di Bangunan UTC Kedah.
Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh dan Pengurus UTC Kedah, PMgr. Sr. Zamzama bin Mohd.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'