LAWATAN KERJA PENANDA ARAS MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

02 Disember 2024, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra dari Jabatan Bangunan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS sebentar tadi. Seramai 32 kakitangan delegasi MBSA itu diketuai oleh Pengarah Jabatan Bangunan MBSA, Pn. Noraidah Haji Basri disambut baik oleh Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MBAS, Ts. Azhan Ramli serta kakitangan MBAS.
 
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea serta pandangan mengenai pelaksanaan tatacara kerja di bawah Akta 133, Pengurusan Pentadbiran dan Penguatkuasaan. Satu sesi taklimat berkaitan Seksyen 85A dan Pengurusan Penguatkuasaan Akta Bangunan MBAS telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Bangunan Baru dan Penguatkuasaan MBAS, En. Fauzi Naim dan Penolong Jurutera MBAS, Pn. Amalina Nordin. Turut hadir ialah Ketua Bahagian Arkitek dan Kawalan Bangunan MBAS, Tn. Haji Izahar Shaari.
 
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang. Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua PBT.
 
Skip to content