PENYERAHAN BAKUL KASIH KEPADA KAKITANGAN MBAS

12 Disember 2024, Khamis – Majlis Bandaraya Alor Setar atas rasa keprihatinan telah memberikan sumbangan bakul kasih kepada kakitangan yang sedang diuji menghadapi masalah kesihatan di Ibu Pejabat MBAS sebentar tadi.
 
Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil bin Noh kepada dua kakitangan iaitu En. Mohd Nadzri bin Awang dan En. Lutfi bin Jaafar. Turut hadir ialah Ketua Unit Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS, Pn. Siti Zaleha binti Ibrahim.
 
Skip to content