PERHIMPUNAN KORPORAT BAGI BULAN DISEMBER 2024 MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
15 Disember 2024 – Majlis Perhimpunan Korporat Majlis Bandaraya Alor Setar bagi bulan Disember 2024 telah berlangsung sebentar tadi bertempat di Dewan As-Sakinah, Tingkat 7, MBAS. Majlis telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Bin Haji Md Daud. Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Kedah dan lagu rasmi MBAS dipersembahkan oleh kumpulan koir MBAS.
Perhimpunan korporat pada kali ini diisi dengan acara penyampaian anugerah The Quality Choice Prize 2024 yang diraih MBAS di konvensyen kualiti di European Society For Quality Research (ESQR) yang telah diadakan di Vienna, Austria pada 7 hingga 9 Disember 2024 baru-baru ini. Turut diadakan juga penyampaian sijil kepada 11 kakitangan MBAS yang telah berjaya mengikuti pendakian Gunung Kinabalu yang merupakan puncak tertinggi di Malaysia iaitu pada ketinggian 4,095 meter dari aras laut.
Hadir sama Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Bin Noh, , Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian serta seluruh kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'