PROGRAM 'OUTREACH' PEJABAT PERIKANAN NEGERI KEDAH BERSAMA MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR DI TAMAN LAUT PULAU PAYAR, KEDAH

4 Disember 2024, Rabu – Program ‘Outreach’ Pejabat Perikanan Negeri Kedah bersama Majlis Bandaraya Alor Setar yang telah diadakan bertempat di Taman Laut Pulau Payar, Kedah. Program ini diadakan untuk membina hubungan strategik antara MBAS, agensi berkaitan, NGO dan komuniti setempat untuk inisiatif alam sekitar yang berterusan serta menggalakkan penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan alam sekitar dan pelancongan lestari.
 
Sesi taklimat aktiviti pembersihan dan keselamatan telah disampaikan oleh Pegawai Pejabat Perikanan Negeri Kedah, En. Ahmad Ulum bin Kamarudin. Seramai 50 orang yang menyertai program ini terdiri daripada Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian serta kakitangan MBAS telah menjalankan aktiviti gotong-royong pembersihan di kawasan sekitar pulau berkenaan.
 
Skip to content