TAKLIMAT PENINGKATAN HASIL CUKAI PINTU : PILIHAN ANTARA PENYEDIAAN SENARAI NILAIAN BAHARU DAN KENAIKAN KADAR PERATUSAN PEGANGAN
10 Disember 2024, Alor Setar – Satu sesi taklimat komprehensif kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri Kedah berkenaan strategi peningkatan hasil cukai pintu telah diadakan pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat UTC, Aras 5, Bangunan UTC Kedah.
Sesi taklimat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Kedah, YB Mejar Mansor Zakaria. Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud; KPSU Bahagian Kerajaan Negeri Kedah, Pn Norhasteza Bahdun; Yang Dipertua-Yang Dipertua PBT, Setiausaha-Setiausaha PBT serta pegawai terlibat.
Fokus taklimat ini membincangkan dua pendekatan utama iaitu penyediaan Senarai Nilaian Baharu dan kenaikan kadar peratus pegangan. Sesi taklimat itu telah disampaikan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; Pegawai Undang-Undang MBAS, Dr. Elina Mohd dan Pegawai Penilaian MBAS, Pn Mardziah Khalib merangkumi tajuk halatuju penilaian semula kadar cukai taksiran negeri kedah dan isu senarai nilaian cukai taksiran dari dimensi perundangan.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'