MBAS SERTAI PROGRAM "EXPERENCE KEDAH: INFLUENCER & MEDIA TREASURE HUNT" SEMPENA TAHUN MELAWAT KEDAH 2025
29 Disember 2024 – Majlis Bandaraya Alor Setar telah sertai Program Experience Kedah : Influencer & Media Treasure Hunt 2024 Sempena Tahun Melawat Kedah 2025. Program tersebut merupakan anjuran Kedah Tourism dengan kerjasama Carissa Luxury yang bertujuan untuk mempromosikan produk-produk pelancongan di Negeri Kedah.
Acara ini akan diadakan bermula di Hotel Park Avenue, Sungai Petani dan berakhir di Raia Hotel, Alor Setar. Majlis Makan Malam dan Acara Penutup program ini telah disempurnakan oleh EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan keusahawanan Negeri Kedah, Dato Salleh Saidin.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'