CUKAI TAKSIRAN MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TAHUN 2025

01 Januari 2025, Alor Setar – Sekitar suasana pembayaran Cukai Taksiran Majlis Bandaraya Alor Setar Tahun 2025 di Ibu Pejabat MBAS dan Kaunter Hasil MBAS, Aras 2, Bangunan UTC Kedah.
Cenderahati turut diberikan kepada pembayar cukai yang memenuhi syarat-syarat pemberian cenderahati. Terima kasih diucapkan kepada pembayar-pembayar cukai taksiran MBAS yang telah melaksanakan tanggungjawab demi pembangunan bandaraya Alor Setar.
 
Ayuh jelaskan Cukai Taksiran Anda !!!
 
Cenderahati adalah terhad.
“Bayaran secara tanpa tunai (cashless) sahaja di Kaunter MBAS”
 
Syarat-syarat pemberian cenderahati :
1. Menjelaskan bayaran setahun dan tiada tunggakan
2. Mengemaskini maklumat pemilik seperti Nama, No. K/P, No. Telefon, Alamat Surat-Menyurat dan Emel.
 
*Bagi pembayar yang membuat bayaran secara atas talian, anda boleh hadir ke pejabat MBAS untuk membuat tuntutan cenderahati selagi stok masih ada.
 
Untuk penerimaan Bil Cukai Taksiran secara digital sila daftar di aplikasi e-Bil MBAS melalui pautan berikut :
 
Bil-Bil akan dihantar secara atas talian melalui E-Mel dan Aplikasi “Whatsapp”.
 
Sebarang pertanyaan:
Hubungi 04-7331226 Bahagian Hasil, MBAS.
 
 
Skip to content