4 Januari 2025 – Sebanyak 440 tapak gerai yang melibatkan hampir 400 peniaga menyertai 𝐏𝐚𝐬𝐚𝐫 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 anjuran Jawatankuasa Pengelola Pasar Pagi Sabtu Mahang dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) yang bertempat di Jalan Simpang Empat Kg. Lobak – Sungai Batu, menjadikannya salah satu pasar pagi terbesar di Negeri Kedah! Pasar ini bukan sahaja menjadi destinasi membeli-belah, tetapi juga simbol ekonomi setempat yang menyokong perniagaan kecil dan sederhana di Daeerah Kulim.

Pasar dengan 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝟑 𝐊𝐌 ini boleh dilihat sebagai pasar pagi 𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐍𝐉𝐀𝐍𝐆 dengan pelbagai pilihan barang jualan seperti:

✅ Makanan tradisional dan moden 🍛🍰

✅ Sayur-sayuran dan hasil tani segar 🥦🌽

✅ Pakaian dan aksesori untuk seisi keluarga 👗👜

Pelancaran rasmi Pasar Pagi Sabtu Mahang ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah Binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan, dan Pembangunan Insan Negeri Kedah.

Program perasmian ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; Tuan Haji Mohd Khari bin Mohd Salleh, Ahli Majlis Zon 4 juga selaku Penasihat Jawatankuasa Pengelola Pasar Pagi Sabtu, Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan, MPKK; Puan Uzwana binti Mahmud, Pegawai Kawasan Zon 4; En Zainol selaku wakil Jawatankuasa Mahang Zon 4; Ahli-Ahli Majlis MPKK dan ahli jawatankuasa yang terlibat.

Kehadiran semua pihak pada hari ini adalah bagi menzahirkan sokongan penuh terhadap pelaksanaan Pasar Pagi Sabtu Mahang sebagai usaha untuk mempromosikan ekonomi tempatan serta menjadikannya tarikan unik di Daerah Kulim.

🌟 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠:

➡️𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐚𝐠𝐚: Sila jaga kebersihan kawasan tapak perniagaan anda untuk memastikan pasar pagi ini kekal bersih dan selesa untuk semua.

➡️ 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠: Berhati-hatilah ketika menggunakan jalan raya di sepanjang kawasan pasar, terutamanya kerana laluan ini menjadi lebih sibuk pada hari Sabtu. Keselamatan anda adalah keutamaan kami!

🌟 𝐀𝐲𝐮𝐡, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐤𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭𝐚𝐧!

Pasar ini boleh dijadikan sebagai salah satu menjadi destinasi pelancongan unik di Kulim, sekaligus memberikan manfaat kepada penduduk sekitar Kulim dan daripada luar daerah.

📅 Jangan lupa, Pasar Pagi Sabtu Mahang dibuka 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐏 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔, 𝐦𝐮𝐥𝐚𝐢 𝐣𝐚𝐦 𝟔.𝟎𝟎 𝐏𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟐.𝟎𝟎 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐫𝐢!

Mari bersama-sama memeriahkan pasar ini dan nikmati pengalaman membeli-belah yang istimewa. Nantikan pada minggu seterusnya.

𝐊𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐬𝐭 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧-𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚!

Klik untuk gambar sekitar program

#PasarPagiMahang

#kulimsejahtera

#SupportLocal

#tahunmelawatkedah

#ExperienceKedah

Skip to content