9 JANUARI 2025 (KHAMIS)
ππππππ ππππππ πππππ πππ πππ πππππ ππππππ πππππππππππ ππππππ πππππ ππππππ ππππ ππππ ππππ ππππππ ππππππ ππππππ πππ
Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Serta Majlis Penyampaian Ucapan Tahun Baharu 2025 Oleh Yang Pertua Majlis Daerah Yan bersama warga kerja Majlis Daerah Yan bagi tahun 2025 ini telah berlangsung pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Datoβ Madi , Yan, Kedah.
Majlis dimulakan dengan tazkirah daripada Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, PJK. (Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan). Majlis diteruskan dengan Majlis Bacaan Yasin dan doa yang dipimpim oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Mohamad Nizam Bin Mohd Noh, PJK. (Ahli Majlis, Majlis Daerah Yan).
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan dan amanat bagi tahun 2025 oleh Puan Maznim binti Ismail, AMK., BCK, (Yang Dipertua Majlis Daerah Yan). Dalam ucapan tersebut, beliau mengajak warga kerja Majlis Daerah Yan untuk bekerja bersungguh-sungguh untuk memajukan daerah Yan.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berusaha Encik Mohd Akmal Bin Azimi (Tuan Setiausaha Majlis Daerah Yan), Ahli Majlis Daerah Yan, ketua-ketua jabatan/unit serta semua warga kerja Majlis Daerah Yan.