1-7 JANUARI 2025
Minggu Induksi Dan Orientasi Kakitangan Baharu Ambilan Januari Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Yan. Kursus ini berlangsung selama 1 minggu bermula 01 hingga 07 Januari 2025. Tujuan utama minggu induksi diadakan adalah untuk memberikan pengetahuan asas berkenaan proses kerja jabatan. Asas-asas pentadbiran adalah seperti pengurusan surat, pengurusan fail dan rekod, pengurusan mesyuarat, kemudahan, pengurusan perolehan dan stor, etika sebagai penjawat awam.
Jabatan Khidmat Pengurusan MDY mengambil inisiatif ini supaya semua kakitangan baharu dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat terhadap ekosistem kerja MDY.
Objektif Minggu Induksi Dan Orientasi ini adalah seperti berikut :
• Memberi pendedahan kepada kakitangan baharu berkenaan Majlis Daerah Yan (MDY) sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang merangkumi Sejarah, latar belakang, visi, misi, carta organisasi dan carta fungsi serta barisan Ahli Majlis MDY.
• Memberi pendedahan dan kefahaman kepada kakitangan baharu berkenaan asas-asas aspek pentadbiran seperti pengurusan surat menyurat, pengurusan mesyuarat, pengurusan fail dan rekod, pengurusan cuti serta pengurusan stor dan perolehan dalaman.
• Memberi penjelasan berkenaan sistem kerja sektor Kerajaan kepada kakitangan baharu.
Tahniah dah syabas kepada Jabatan Khidmat Pengurusan MDY kerana berjaya mengendalikan Minggu Induksi Dan Orientasi Kakitangan Baharu Ambilan Januari 2025.