MBAS TERIMA LAWATAN KERJA PEJABAT SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB PERDANA MENTERI BERSAMA UNIT WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KERAJAAN TEMPATAN PEJABAT PERDANA MENTERI

13 Januari 2025, Alor Setar – Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YBhg. Datuk Azman Haji Abidin bersama Unit Wilayah Persekutuan dan Kerajaan Tempatan (UWPKT) Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan lawatan ke Majlis Bandaraya Alor Setar sebentar tadi. Ketibaan beliau bersama delegasi disambut baik Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Hj. Mohd Yusri Hj. Md Daud bersama pengurusan atasan MBAS.
 
Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan bagi pihak MBAS memberi penerangan mengenai pembangunan di Bandaraya Alor Setar. Sesi taklimat mengenai pembangunan Bandaraya Alor Setar telah disampaikan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBAS, En. Abdul Ghani Othman bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah.
 
Hadir sama ialah Tuan Setiausaha MBAS, En. Nasrankamil Noh; pengarah-pengarah dan ketua-ketua bahagian MBAS.
 
Skip to content