KENYATAAN TAWARAN
- Sebut harga adalah dipelawa daripada pembekal atau kontraktor tempatan yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya dan berdaftar dengan Majlis Daerah Baling dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan/bekalan serta syarat-syarat seperti berikut :-
BIL | BUTIR-BUTIR TAWARAN | SYARAT PENDAFTARAN | HARGA DOKUMEN | TARIKH JUALAN | TARIKH TUTUP |
a. | Sebut Harga Perkhidmatan Membekal, Memasang Serta Membuka Semula Khemah Untuk Bazar Ramadan Majlis Daerah Baling 1446H Bagi Tahun 2025 MDB/SH/01/2025(PK) | i) Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) 221305- Penyediaan Pentas/ Pameran Pertunjukan/ Taman Hiburan dan Karnival/ Pestaria ii) Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) | RM 30 | 07 Januari 2025 Hingga 12 Januari 2025 | 13 Januari 2025 (12.00 Tengahari) |
- Dokumen Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi mulai 07 Januari 2025 hingga 12 Januari 2025 di Kaunter Hasil, Jabatan Perbendaharaan, Majlis Daerah Baling dengan mengemukakan bayaran dokumentasi sebanyak RM 30.00 (tidak kembalikan) dalam bentuk bayaran tanpa tunai. Pembekal hendaklah menghantar dokumen sebut harga menggunakan sampul surat berlakri.
- Waktu kaunter beroperasi seperti berikut :-
- Ahad – Rabu : 8.00 Pagi – 4.30 Petang ( Rehat 1.00 petang – 2.00 petang)
- Khamis : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
- Dokumen Tawaran Sebut Harga hanya dikeluarkan kepada pembekal yang sah sahaja. Untuk maksud ini pembekal hendaklah membawa surat pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta mempunyai kod bidang berkaitan, Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), penyata bank syarikat dan pembekal juga hendaklah berdaftar dengan Majlis Daerah Baling.
- Dokumen Tawaran Sebut Harga mestilah di masukkan ke dalam satu sampul surat berlakri yang ditanda no. sebut harga dan tajuk perkhidmatan/bekalan.
- Dokumen Tawaran Sebut Harga yang diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran sebut harga sebelum atau pada 13 Januari 2025 dan tidak lewat daripada jam 12.00 tengahari.
………………………………………..Yang Dipertua Majlis Daerah Baling |
Tarikh :