14 Januari 2025 – Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Konvokesyen Wanita dan Undang-Undang Peringkatan Negeri Kedah 2025 telah dipengerusikan oleh YB. Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah binti Saad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Perpaduan Negeri Kedah, bertempat di Bilik Al-Hikmah Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK).
Hadir bersama dalam mesyuarat ini, YB. Dato’ Ustazah Hajjah Siti Ashah binti Haji Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan Negeri Kedah.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat ini. Sama-sama kita terus menyokong dan memajukan Negeri Kedah!