SATU JAM AEROBATHON DAN KAYUHAN SANTAI BERSAMA PEGAWAI DAERAH KUALA MUDA DAN YANG DIPERTUA MPSPK
“The greatest wealth is health” – Vigril
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah menganjurkan program Satu Jam Aerobathon bertempat di Dataran Jeti Semeling, Sungai Petani.
Program dimulakan dengan sesi kayuhan santai bersama Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, bermula dari Menara MPSPK sebelum tiba di Dataran Jeti Semeling pada jam 5:20 petang. Program yang diteruskan sehingga jam 6:30 petang ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dan menggalakkan penyertaan aktif dalam kalangan masyarakat.
Acara ini juga merupakan platform untuk mempromosikan Tahun Melawat Kedah 2025 bersempena dengan keindahan dan keunikan Kompleks Jeti Semeling, salah satu lokasi pelancongan menarik di negeri ini. Program ini sekaligus menggalakkan masyarakat untuk lebih menghargai tarikan pelancongan tempatan sambil mengamalkan gaya hidup aktif.
Program turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Daerah Kuala Muda, Dato’ Abdul Gafar bin Yahya, dan Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah. Turut hadir Ahli Parlimen Sungai Petani YB Dr. Mohammed Taufiq bin Johari, ADUN Sidam YB Bau Wong, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, dan warga kerja MPSPK.
Tujuan utama aktiviti berbasikal ini adalah untuk memastikan penjawat awam sentiasa sihat dan cergas. Kecergasan fizikal yang baik membantu penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, sejajar dengan matlamat mewujudkan masyarakat yang lebih produktif, harmoni, dan sejahtera.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha memperkukuhkan hubungan komuniti bersama pihak berkuasa tempatan dengan menyebarkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan dan kecergasan.
Klik untuk video sekitar programKlik untuk gambar sekitar program