Seminar Keusahawanan Anjuran Majlis Perbandaran Kubang Pasu Tahun 2025
16 Januari 2025 (Khamis) – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan kerjasama Ahli Majlis Zon A Encik Zulhazmi Bin Haji Osman telah menganjurkan Program Keusahawanan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan penduduk setempat dalam bidang perniagaan. Salah satu inisiatif tersebut adalah kursus keusahawanan percuma yang ditawarkan kepada penduduk Kubang Pasu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan.
Selain itu, pelbagai agensi seperti MARA,Kolej Komuniti,Politeknik Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah dan beberapa lagi agensi dan wakil dari Majlis Perbandaran Kubang Pasu Puan Mashitohk Binti Ali Pengarah Jabatan Kesihatan Dan Persekitaran turut memberi taklimat berkaitan MPKP memberi peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Contohnya, Bazar Ramadhan anjuran MPKP diadakan di enam lokasi, termasuk Bandar Darulaman Jaya dan Kompleks Perniagaan Aman, yang menyediakan platform untuk usahawan tempatan berniaga semasa bulan Ramadhan dan lain-lain.
Program-program ini menunjukkan komitmen Majlis Perbandaran Kubang Pasu dalam memperkasakan komuniti usahawan di daerah Kubang Pasu melalui pelbagai inisiatif dan sokongan. Dr. Haim Hilman bin Abdullah hadir bagi memberikan sepatah dua kata dan menyempurnakan penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang terlibat.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu