PROGRAM WALKABOUT KOLAM TAKUNGAN TAMAN RIA SELIAAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) telah mengadakan Program Walkabout di Kolam Takungan Taman Ria, Sungai Petani, yang berada di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

Program ini bermula pada jam 7:30 pagi dengan kehadiran Yang Dipertua MPSPK, YM Tunku Iskandar Shah bin Tunku Muszaffar Shah, bersama Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-Pengarah Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, dan kakitangan MPSPK.

Walkabout ini bertujuan meninjau keadaan semasa kolam takungan, mengenal pasti keperluan penyelenggaraan, serta menilai potensi penambahbaikan yang boleh dilakukan seperti mana ianya pernah digunakan satu ketika dahulu.

Walaupun kolam takungan ini berada di bawah seliaan JPS, YM Yang Dipertua, atas rasa tanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat setempat serta aduan daripada penduduk, telah memutuskan untuk mengambil inisiatif membantu merangka usaha menjadikan kawasan ini sebagai lokasi rekreasi yang lebih menarik untuk penduduk. Cadangan ini merangkumi aspek kebersihan, landskap, dan penyediaan kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh komuniti.

Usaha ini mencerminkan komitmen MPSPK dalam memastikan setiap aset awam, walaupun di bawah agensi lain, dapat diberi nilai tambah untuk kepentingan masyarakat secara menyeluruh.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content