MBAS LANCAR PELAN ANTIRASUAH PBT KEDAH MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR TAHUN 2025-2029
19 Januari 2025, Alor Setar – Selaras dengan komitmen kerajaan dan aspirasi rakyat dalam menangani permasalahan rasuah, Majlis Bandaraya Alor Setar telah melancarkan Pelan Antirasuah PBT Kedah Majlis Bandaraya Alor Setar Tahun 2025-2029. Pelan ini diwujudkan sebagai langkah membanteras permasalahan dan kelemahan governans, integriti dan antirasuah di dalam organisasi MBAS.
Majlis Pelancaran Pelan Antirasuah MBAS PBT Kedah Tahun 2025-2029 telah disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali bertempat di Dewan Besar As-Sakinah, Tingkat 7, Menara MBAS. Hadir sama ialah Datuk Bandar Alor Setar, Dato’ Hj. Mohd Yusri Md Daud dan Pengarah SPRM Negeri Kedah, Datuk TPj Ahmad Nizam Ismail.
Pelan Antirasuah Majlis Bandaraya Alor Setar bagi penggal tahun 2020 hingga 2024 berakhir pada 31 Disember 2024. Justeru kajian semula pelan tersebut telah dilaksanakan melalui penganjuran Bengkel Kajian Semula Pelan Antirasuah MBAS pada 14 Oktober 2024 hingga 16 Oktober 2024 yang melibatkan penyertaan kolektif semua anggota Pengarah Jabatan dan Ketua Bahagian di peringkat pengurusan MBAS disamping menerima khidmat nasihat Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negeri Kedah (JITU) dan panduan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menghasilkan Pelan Anti Rasuah MBAS PBT Kedah Tahun 2025-2029 ini.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'