




18 Januari 2025 – Majlis Graduasi dan Konsert Tahunan Taska / Tadika Alamku MPKK yang bertempat di Dewan Alamanda, Kulim Inn MPKK telah berlangsung dengan penuh meriah. Dengan tema retro yang penuh nostalgia, majlis ini diadakan untuk meraikan kejayaan anak-anak yang telah berjaya bergraduasi dan menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pembelajaran.
Penyampaian hadiah kepada para graduan cilik telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; YBhg. Datin Azlina binti Md. Zuki, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Daerah Kulim, dan Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Halimin bin Lahaming, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MPKK; Puan Hasnita binti Mohd Hashim, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi MPKK, dan Encik Eqbadarudinniah bin Ahmad, Penolong Bahagian Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKK, yang bersama-sama memeriahkan majlis ini.
Majlis Graduasi dan Konsert Tahunan Taska / Tadika Alamku MPKK 2025 ini telah mencipta memori yang penuh bermakna bagi semua yang hadir. Setinggi-tinggi penghargaan kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan padu, serta kepada semua pihak urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini dengan sempurna.
Semoga kejayaan anak-anak graduan ini akan terus menjadi sumber inspirasi untuk mereka melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan, serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.