
Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) akan melaksanakan kerja-kerja ukur periksa bagi tujuan penyediaan senarai nilaian cukai taksiran baharu untuk setiap premis bangunan yang terletak dalam kawasan pentadbiran MPKK.
Kerja-kerja ini melibatkan pengukuran dan penilaian semula premis bangunan bagi tujuan menetapkan nilai taksiran yang baru. Sepanjang proses ini, pegawai Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta MPKK akan memakai tanda nama dan menunjukkan kad kuasa. Tuan/Puan diminta untuk menyemak kad kuasa tersebut sebelum memberi kebenaran memasuki premis anda.
Orang ramai diharapkan dapat memberi kerjasama kepada pasukan ini apabila petugas datang ke rumah, premis, dan hartanah tuan/puan dengan memberikan maklumat yang diperlukan supaya pernyataan yang betul dan tepat dapat dipastikan.
Untuk makluman, mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 140 (1) dan (2) A, B, C, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang enggan memberi maklumat, memberikan maklumat palsu, atau menghalang pegawai/anggota ini daripada membuat pemeriksaan dan pengukuran harta yang hendak diperiksa.
Pihak pemilik atau penyewa di kawasan yang terlibat diminta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan ukur sepanjang tempoh kerja-kerja ini dijalankan.
Terima kasih atas kerjasama semua penduduk dalam memastikan proses ini berjalan lancar!
𝐒𝐄𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐘𝐀𝐀𝐍, 𝐇𝐔𝐁𝐔𝐍𝐆𝐈:
Talian: 04-432 5225
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta,
Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK)