21 Januari 2025 – Majlis Pecah Tanah Kilang UNIMX Technology Malaysia Sdn Bhd di Kulim East Industrial Park telah dirasmikan oleh YB. Dr. Haim Hilman bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi.

UNIMX, di bawah pengurusan COSMX, merupakan pelopor utama dalam industri pengeluaran bateri polimer litium-ion. Dengan pembinaan kilang ini, UNIMX berpotensi untuk merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan melalui penciptaan peluang pekerjaan yang signifikan serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju dalam teknologi inovatif dan industri.

Turut hadir, Dato’ Elmi Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim (MPKK); Puan Zalina Zainol, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pelaburan) MIDA; Tpr Haji Hamzah bin Ab Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap MPKK; En. Xu Yanming, Pengerusi COSMX.

Klik untuk gambar sekitar program

#TheGreaterKedah

#KulimSmartCity

#MajlisPerbandaranKulimKedah

Skip to content