LAWATAN TAPAK DAN MESYUARAT PENYELARASAN PERLAKSANAAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI (KAM) KPKT 2025 KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
28 Januari 2025 (Selasa) – Lawatan YBhg. Datuk M. Noor Azman Bin Taib Ketua Setiausaha KPKT ke Kampung Tok Kepak, Kodiang Kedah melalui program Kampung Angkat Madani 2025 memperlihatkan beberapa kawasan yang akan dinaiktaraf/dibaikpulih.
Lawatan pertama Ketua Setiausaha KPKT ke surau Kampung Tok Kepak. Beberapa penelitian telah dilakukan disekitar surau dan beberapa cadangan telah diberikan. Tindakan selanjutnya akan dijalankan bagi menaiktaraf surau tersebut. Lawatan seterusnya ke Tabika Kemas dimana memperlihatkan beberapa kerja baikpulih perlu dilakukan bagi pembelajaran yang lebih selesa kepada pelajar-pelajar di Tabika Kemas Tok Kepak.
Beberapa cadangan naiktaraf yang lain seperti naiktaraf lampu jalan di kawasan kampung berdekatan sekolah, pida 12A dan masjid. Beberapa cadangan lain adalah seperti kursus keusahawanan kepada penduduk kampung, diadakan satu fiesta yang mengumpulkan semua Agensi yang boleh memberi manfaat kepada penduduk kampung (Hari Bertemu Pelangan), projek menaiktaraf Sekolah Kebangsaan Tok Kepak dimana pihak KPKT akan memanjangkan surat ke Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Ketua Setiausaha KPKT ada menyentuh mengenai Program eKasih bagi tindakan Tok Penghulu untuk membantu penduduk kampung mendaftar bagi yang layak.
Mesyuarat diadakan di SK Tok Kepak bagi mendengar cadangan keperluan daripada penduduk Kampung Tok Kepak. Beberapa cadangan juga turut dibentangkan didalam mesyuarat dan akan diambil tindakan selanjutnya oleh Ybhg. Datuk M. Noor Azman Bin Taib Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang…/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
No. Whatsapp Aduan MPKP : 014-628 8381