PERTANDINGAN LIGA SEPAK PENALTI PIALA ADUN ANAK BUKIT

27 Januari, 2025, Alor Setar – Majlis Bandaraya Alor Setar dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Anak Bukit telah menganjurkan pertandingan Liga Sepak Penalti Piala ADUN Anak Bukit yang telah diadakan pagi tadi bertempat di Padang Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti. Program ini telah berjaya mendapat penyertaan seramai 48 pasukan yang kebanyakan pemain adalah golongan belia yang tinggal dalam komuniti kawasan Zon 14-Anak Bukit Titi Gajah.
 
Program ini juga telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Mohd Yusri Haji Md Daud. Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi; ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak dan Ahli Majlis Zon 14 MBAS, En. Shahrul Anuar Haron.
 
 
Skip to content