



23 Januari 2025– Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) hari ini menganjurkan Bengkel Transformasi Digital: National BIM e-Submission (NBeS). Bengkel ini bertujuan memperkenalkan platform National BIM e-Submission (NBeS) sebagai langkah strategik untuk merevolusikan proses kelulusan pelan bangunan khususnya di Daerah Kulim dan seterusnya dapat disebar luas pelaksanaannya ke seluruh Malaysia.
Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua MPKK, YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, yang menekankan kepentingan penggunaan teknologi terkini dalam meningkatkan kecekapan yang mana kolaborasi antara MPKK, pihak perunding (PSP) dan juga para peserta yang terdiri daripada rakan-rakan PBT Kedah dan juga agensi teknikal. “Platform ini akan mempercepatkan proses kelulusan pelan secara digital dan menjadikan sistem lebih teratur serta cekap.
Beberapa pembentangan utama telah disampaikan oleh pakar industri termasuk:
• Ts. Nor Azian binti Hashim, Pengurus Kanan CIDB Malaysia, yang menerangkan peranan penting NBeS dalam mempercepatkan penyelarasan data teknikal.
• Ar. Haji Mohd. Nazri Bin Harun, wakil MPKK, yang berkongsi pengalaman MPKK dalam pelaksanaan projek berteraskan BIM.
• Diskusi turut merangkumi penggunaan teknologi seperti Artificial Intelligence (AI), Internet of Things (IoT) untuk meningkatkan produktiviti dan mengurangkan risiko kesilapan dalam perancangan serta pembinaan.
Sesi petang pula menyaksikan perbincangan strategik antara MPKK dan CIDB yang memberi penekanan terhadap langkah-langkah memperkasakan implementasi BIM dalam pengurusan kelulusan pelan dan pembangunan di PBT. Turut hadir bersama adalah Puan Noorul Azzyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.
Ke Arah Transformasi Digital yang Lebih Maju
Bengkel ini merupakan satu langkah permulaan penting dalam merealisasikan transformasi digital dalam sektor pembinaan negara. Dengan kolaborasi erat antara PBT Kedah dan para perunding, inisiatif ini dijangka membawa impak besar dalam mempercepatkan kelulusan pelan bangunan dan memperkukuhkan sistem pengurusan pembangunan secara menyeluruh.
Majlis diakhiri dengan sesi jaringan (networking) antara peserta, di mana perbincangan lanjut mengenai potensi kerjasama masa depan turut dibincangkan. MPKK komited untuk terus meneroka dan memanfaatkan teknologi canggih demi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkualiti kepada masyarakat.
Komitmen Ke Arah Masa Depan! Bengkel ini menjadi permulaan kepada perjalanan transformasi digital yang lebih menyeluruh dalam sektor pembinaan. MPKK akan terus berusaha memanfaatkan teknologi ini demi perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan.
Klik untuk gambar sekitar program
#MPKK#CIDBMalaysia#NBeS#TransformasiDigital#TeknologiPembinaan#PBTKedah