LAWATAN MAJLIS BANDARAYA IPOH KE MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR
03 Februari 2025, Ahad – Majlis Bandaraya Alor Setar telah menerima kunjungan sahabat PBT Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebentar tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Tingkat 8, Menara MBAS.
Seramai 30 kakitangan delegasi MBI itu diketuai oleh Pegawai Khas Datuk Bandar MBI, En. Muhammad Hafizsafwan Nor Hazlan disambut baik oleh Ketua Bahagian Kualiti Dan Komunikasi Korporat MBAS , En. Mohamad Syafiq Mohamad Najib serta kakitangan MBAS.
Objektif lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pandangan mengenai pelaksanaan pengacaraan dan penerbitan di kedua-dua PBT melibatkan MBAS TV dan Radio TV MBI berikutan hasil Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani oleh MBAS dan MBI pada 22 September 2023 yang lalu.
Majlis Bandaraya Alor Setar mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diatas kunjungan mesra ini dan diharap akan berjumpa lagi di masa yang akan datang. Semoga kunjungan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua PBT.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'