KUNJUNGAN HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR

04 Januari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali bertempat di Wisma Darul Aman, kelmarin.
 
Usai kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bandar Alor Setar turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pegawai Daerah Kota Setar, Dato’ Haji Hakim Ariff Bin Md Noor sebelum menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Kota Setar yang diadakan bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Setar.
 
 
Skip to content