"WALKABOUT" DATUK BANDAR ALOR SETAR KE PROJEK NAIK TARAF TERMINAL BAS SHAHAB PERDANA ALOR SETAR

08 Februari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah mengadakan sesi “walkabout” ke Terminal Bas Shahab Perdana pagi tadi.
 
Ia diadakan bertujuan bagi meninjau perkembangan kerja-kerja naik taraf yang dijalankan oleh Jasa Pedoman Sdn Bhd untuk kerja-kerja naik taraf Fasa 1 yang telah dijalankan sejak Oktober tahun yang lalu dan dijangka akan siap pada April 2025 .
 
Tempoh naik taraf Terminal Bas Shahab Perdana ini merangkumi DUA (2) fasa iaitu pada fasa pertama akan melibatkan Sistem Tiket Berpusat dan Sistem Operasi Terminal manakala pada fasa kedua akan melibatkan kerja-kerja perubahan insfrastruktur seperti pengubahsuaian dan rekabentuk semula laluan bas, kaunter tiket bas, ruang niaga, gerai makan, tandas dan kawasan landskap.
 
Usai meninjau perkembangan projek tersebut, Datuk Bandar turut beramah mesra bertemu para peniaga di kawasan tersebut untuk memaklumkan status terkini projek itu serta memaklumkan perancangan MBAS buat peniaga-peniaga disitu.
 
Hadir sama di sesi “walkabout” itu ialah Pengarah Projek Syarikat Jasa Pedoman Sdn Bhd, Mejar (B) Ahmad Zaidi bin Shuib; Ahli Majlis MBAS Zon 7 (Shahab Perdana), Puan Noor Azra Binti MD Saleh, Pengarah-Pengarah dan Ketua-Ketua Bahagian MBAS serta pegawai terlibat.
 
 
Skip to content