DATUK BANDAR ALOR SETAR TINJAU KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN JALAN PERSIARAN BANDAR BARU MERGONG
9 Februari 2025, Alor Setar – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya telah turun meninjau kerja-kerja penyelenggaraan jalan di Jalan Persiaran Bandar Baru Mergong petang tadi.
Kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan oleh pemaju Teguh Harian Sdn Bhd sebagai pemaju yang bertanggungjawab di dalam pemajuan pembangunan kawasan itu. Kerja-kerja penyelenggaraan ini melibatkan pembaikan semula permukaan jalan, kerb dan sistem saliran air larian daripada permukaan jalan di sepanjang jalan tersebut.
- IKUTI KAMI DI 'FACEBOOK'